Tuesday 3 January 2012

Kelebihan Azan dan Iqamah

Assalamulaikum kepada pembaca serta rakan blogger sekalian...dah lama saya tak memasukkan entri baru..rasa rindu pulak nak berkongsikan ilmu2 untuk semua muslimin yang mukmin seluruhnya...tapi apakan daya masa yang terhad disamping kurang idea nak dikongsikan....haha kantoi...tu sebab utamanya tak dak idea nak dikongsikan..tapi tadi tengok rancangan Madrasah Al-hijrah kat tv Al-hijrah...ustaz cerita pasal azan sikit..jadi nak cerita la sikit beberapa fadhilat azan yang masih belum diketahui ramai dan ada antara kita yang masih meremeh-temeh soal azan ni...kalau bagi aku nih orang kampung biasanya panggil bang...kenapa dipanggil bang pun masih menjadi misteri sampai hari nih...maybe masa zaman dulu kala bila nak melaungkan azan ja depa tembak meriam kot...Bang!!!habih dengaq sampai kampung sebelah nuh...yang aku tau yang guna beduk ada la...kat masjid2 la ni ada lagi tapi depa jadikan simbolik ja harini...tapi ada jugak masjid yang masih mengamalkan tradisi nih...fuuhh!!!aku rasa orng yang kreja ketuk beduk nih pon kena ada kemahiran gak oo...ha la mesti kna pandai calculation,,,pastu kna ada skill nak ketuk pun...lain ketuk lain la mesejnya...nanti nak panggil orang sembahyang pi ketuk bunyi tanda orang dah meninggal pulak...haa kan dah keliru tuh...ha..nak tanya sikit...pernah tak hampa mengalami situasi dimana kawan-kawan anda atau sesiapa sahaja YANG MUSLIM bila azan berkumandang ja..buat tak tau ja...bila org suruh diam memang depa diam..tapi tak sampai 2 saat bunyi balik...takpon duk cotttt ceeettt cottt ceettt sembang slow2...ingat orang tak dengaq la tuh...huh sedangkan syaitan sendiri pon lari masuk bilik air takut dengaq azan...inikan manusia masih dok sibuk dengan hal2 keduniaan....mana nak tau masa dok live azan berkumandang tetiba malaikat cabut nyawa......Subhanallah...mintak2 lah kita dijauhkan daripada kesudahan yang tidak baik......

Antara Kelebihan Azan dan Iqamah
1)Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Apabila syaitan mendengar azan, dia akan lari bertempiaran sehingga tidak mendengarnya lagi. Setelah azan selesai, dia kembali lagi untuk menghasut. Begitu juga apabila mendengar iqamat. Dia akan lari sehingga tidak mendengarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai, dia kembali sekali lagi untuk menghasut.
2)Azan digunakan sebagai penentu waktu solat..
Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah.
Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r. a. “Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.
Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, Ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah S.A.W.(kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani(Kristian). Saidina Umar Al Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.
Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W. dan baginda bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.
Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah S.A.W. pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.
3) Muazzin atau Bilal memegang amanah Allah yang paling penting dan mulia...
Dari Ibnu Amru bin Al-‘As Radiallahu-Anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tukang azan yang melaungkan azan secara sukarela adalah seperti seorang syahid yang berlumuran darah, jika dia meninggal dunia, matinya tidak berulat di dalam kubur. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)
Daripada Al-Barra’ bin Azib r.a, berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berdoa untuk yang berdiri di saf pertama. Para muazzin pula akan diampunkan sebanyak mana suaranya dan siapa yang mendengarnya menjadi saksi. Dia akan mendapat pahala orang yang mengerjakansolat bersamanya”. (H.R Al-Nasai).
3 orang yang di pelihara Allah daripada terkena azab kubur:
1. Orang yang mati syahid
2. Tukang Bang (azan)
3. Orang yang mati pada hari jumaat atau malamnya.
4) Di samping itu perlu juga diketahui bahawa azan juga boleh menjadi penawar dan ubat kepada kerasukan, resah gelisah, menghindarkan daripada kejahatan jin, meredakan orang marah dan mengelokkan perangai buruk, orang yang hendak belayar dan ketika berlaku kebakaran. Azan juga sunat diperdengarkan kepada anak yang baru lahir.
5) `A’isyah berkata: “Mereka yang dimaksudkan oleh ayat tersebut ialah tukang azan”. Di dalam hadith lain ada juga menyebut:
 “Imam adalah bertanggungjawab (damin), tukang azan adalah orang yang dipercayai (amanah). Ya Allah, berilah petunjuk kepada imam-imam dan ampunilah tukang azan”.
(Riwayat Syafi`i, Ahmad, Abu Dawud,Tirmizi,
An-Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)
6) Seterusnya azan sebagai dakwah yang lengkap. Hal ini kerana seruan azan meliputi seluruh kehidupan manusia yang Islami. "Allahu akbar Allahu Akbar" Azan menyeru membesarkan Allah SWT. Dalam ceramah2 agama atau pengajian agama adalah untuk mengajak manusia membesarkan Allah."Ashadualla ilaha illallah" "Ashaduanna Muhammada Rasulullah" Lafaz paksi keimanan tauhid Uluhiyyah juga diperingatkan iaitu mengucapkan 2 kalimah syahadah. Ini adalah dakwah supaya mengingatkan manusia supaya tidak mensyirikkan Allah serta mengasihi junjungan besar Rasulullah SAW. "Haiya 'alassolah" "Haiya 'alalfalah"Seterusnya fungsi azan sebagai mengajak manusia menunaikan solat setelah itu bertebarlah di atas muka bumi Allah mencari pekerjaan dan ilmu untuk menuju kejayaan masing-masing. "Allahu akbar Allahu akbar" Seterusnya setelah mendapat kejayaan seseorang haruslah mengingatkan Allah yang memberikan kejayaan kepada manusia. Akhir sekali "Lailaha ilallah", iaitu sebagai pengakhiran hidup mukmin adalah mendapat suatu nikmat apabila berjaya menyebut kalimah "Lailaha ilallah". 

Sekian..sebenarnya banyak lagi fadhilat azan dan iqamah kepada umat Islam. Oleh itu hendakah kita menghomati azan. Pernah diriwayatkan orang yang tidak mahu mendengar dan menghormati azan akan pekak telinganya kelak. Nauzubillahimin zalik.

p/s: kepada saudara dan saudari yang berminat share sebarang bahan daripada blog ini silakanlah....tetapi harap akan meletakkan link blog penulis dalam entri...kalau tak berminat pon tak mengapa...InsyaAllah kalau ada info yang menarik sudi2lah berkongsi sama ilmunya...Jazakallahumma Khairan Kaseera...
Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya...jangan malu jangan segan untuk mencoretkan buah fikiran anda yang sememangnya bernas...chill guys =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...