Tuesday 20 December 2011

20 Pertanyaan Rasulullah kepada Iblis Laknatullah Bhg Akhir

Photobucket
Assalamualaikum saudara saudari pembaca dan rakan2 blog sekalian...hari ni saya nak melangsaikan semua entri fasal bab ni...disebabkan beberapa hari kebelakangan ni saya begitu sibuk dengan hal2 yang lain so terlambat nak masukkan entri ni...ok la saya pun tak nak memanjangkan penulisan ni jadi hayatilah entri ni ye semua....moga bermanfaat untuk kita semua...InsyaAllah..
Baca entri Bahagian 1 di SINI
Baca entri Bahagian 2 di SINI

Pertanyaan Nabi yang Ke-11

"Siapa yang serupa dengan engkau?"

Jawab Iblis:
Orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang belajar agama.

Pertanyaan Nabi yang Ke-12 

"Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

Jawab Iblis:
Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji.

Pertanyaan Nabi yang Ke-13

"Apakah rahsia engkau kepada umatku?" 

Jawab Iblis:
Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka aku gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari.

Pertanyaan Nabi yang Ke-14

"Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis:
Jika umatmu hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah aku dari mereka. Jika tidak, aku akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih aku dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, derhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Basmallah, aku yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah merasa kenyang.

Pertanyaan Nabi yang Ke-15

" Dengan jalan apa dapat menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis:
Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis menyesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil wuduk, maka padamlah marahnya.

Pertanyaan Nabi yang Ke-16

"Siapakah orang yang paling engkau sukai?"

Jawab Iblis:
Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.

Pertanyaan Nabi yang Ke-17

"Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"

Jawab Iblis:
Orang yang tidur meniarap/ telungkup, orang yang matanya terbuka di waktu subuh tetapi menyambung tidur lagi. Lalu aku lenakan dia hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak, aku beratkan hatinya untuk bersolat.

Pertanyaan Nabi yang Ke-18

"Apakah yang membinasakan diri engkau?"

Jawab Iblis:
Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus al-Quran dan solat tengah malam.

Pertanyaan Nabi yang Ke-19

"Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis:
Orang yang duduk di dalam masjid serta iktikaf di dalamnya.

Pertanyaan Nabi yang Ke-20

"Apa lagi yang memecahkan mata engkau?

Jawab Iblis:
Orang yang taat kepada kedua ibu bapanya, mendengar kata mereka, membantu makan pakaian mereka selama mereka hidup, kerena engkau telah bersabda; "Syurga itu di bawah tapak kaki ibu."

Alhamdulillah habis jugak akhirnya semua entry saya fasal perbincangan ini..."RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT MEMBACA"

p/s: kepada saudara dan saudari yang berminat share sebarang bahan daripada blog ini silakanlah....tetapi harap akan meletakkan link blog penulis dalam entri...kalau tak berminat pon tak mengapa...InsyaAllah kalau ada info yang menarik sudi2lah berkongsi sama ilmunya...Jazakallahumma Khairan Kaseera...

Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya...jangan malu jangan segan untuk mencoretkan buah fikiran anda yang sememangnya bernas...chill guys =)

Friday 16 December 2011

20 Pertanyaan Rasulullah kepada Iblis Laknatullah Bhg 2

Assalamualaikum semua..dah makan?tengah malam dah ni..dah tido?? ehe apa punya soalan la...ok malam malam ni orng kata banyak idea sikit...kalau masa buat kerja sekolah dulu n nak ulangkaji, memang inilah masa terbaik sebab banyak je buah fikiran yang jatuh ke atas kertas soalan...yang paling spesial kalau buat karangan memang banyaklah ayat2 kelentong yang boleh masukkan dalam karangan tu...huhu..apa la merepek banyak sangat nih...dah lari tajuk dah nih..
Oklah entri saya kali ni sambungan daripada entri petang tadi...tak dak masa nak masukkan semua sekali... ye lah kan bila dah habis SPM kebanyakan anak muda skarang masing2 bekerja termasuklah diri ini...tapi saya kerja dengan family so kadang2 tu ada la masa curi2 sikit nak melepaskan kerinduan terhadap blog nih....skarang tangan ni dah gatai naaaakkk ajee menulis selalu....hurm dah la jangan bazirkan masa lagi kita ikuti pulak sambungan kisah perbualan Rasulullah bersama Iblis Laknatullah....
Baca entri Bahagian 1 di SINI
Baca entri Bahagian Akhir di SINI
Pertanyaan Nabi yang Keenam

   "Jika umatku membaca al-Quran kerana Allah, bagaimana perasaanmu?

Jawab Iblis:
    "Jika mereka membaca al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuhku, putus-putuslah segala uratku lalu aku lari daripadanya.
Pertanyaan Nabi yang Ketujuh

   "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana perasaanmu?

Jawab Iblis:
   "Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya.

Pertanyaan Nabi yang Kelapan
   "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana keadaanmu?

Jawab Iblis:
   " Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepadaku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akn mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa.
     Satu lagi kemuliaan orang yang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dibawah Arasy yang bernama Angin Syirah  yang amat lembut ke dalam syurga.
Pada hari umatmu mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tenteraku, jin, syaitan dan ifrit lalu diikat kaki dan tangan dengan besi panas dn dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekarja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasa.

Pertanyaan Nabi yang Kesembilan

   "Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabatku menurutmu?

Jawab Iblis:
     Seluruh sahabatmu juga adalah sebesar-besar seteruku.Tiada upayaku melawannya dan tiada satu tipu daya yang aku dapat masuk kepada mereka. Kerana engkau sendiri telah berkata; "Seluruh sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk."
     Sayidina Abu Bakar as-Siddiq sebelum bersamamu, aku tidak dapat mendekatinya, apalagi setelah berdampingan denganmu. Dia begitu percaya atas kebenaranmu hingga dia menjadi wazirul
 a'zam. Bahkan engkau sendiri telah mengatakan jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mentuamu kerana engkau menikah dengan anaknya, Sayidatina Aisyah yang juga banyak menghafal hadis-hadismu.
     Sayidina Umar al-Khattab pula tidaklah berani aku pandang wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika aku pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendiku kerana sangat takut. Hal ini kerana keimanannya sangat kuat apalagi engkau telah mengatakan; "Jikalau adanya Nabi sesudahku maka Umar boleh menggantikan aku," kerana dia adalah orang harapanmu serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar al-Faruq.
     Sayidina Uthman lagi, aku tidak dapat bertemu kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca al-Quran. Dia penghulu orang yang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantumu sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga engkau mengatakan; Barangsiapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala Utahman mati syahid."
     Sayidina Ali Abi Tallib pun itu aku sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadah serta beliau adalah golongann orang pertama memeluk Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Bergelar Ali Karamallu Wajhah----> dimuliakan oleh Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan engkau sendiri berkata; "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya." Tambahan pula dia menjadi menantumu, semakin aku ngeri kepadanya.

Pertanyaan Nabi yang Kesepuluh

   "Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?
Jawab Iblis:
     Umatmu itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril a.s.; "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat."
     Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.
     Yang ketiga umatmu seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka akupun bersukacita lalu masuk ke dalam badannya, aku putarkan hatinya ke lautan derhaka dan aku bawa ke mana saja mengikuti kehendakku. Jadi dia sentiasa binbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat.
     Lalu aku goda agar minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelamdengan istana mahligainya. Bila umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa binmbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, bercakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur....

Sekian dulu lima soalan yang diaajukan Rasulullah khalilullah untuk membongkar rahsia Iblis laknatullah...kita akan bertemu kembali dalam entri yang berikutnya...Apa yang bermanfaat datang daripada Yang Maha Bijaksana dan apa yang tercela datang daripada kelemahan insan ini yang tidak terlepas daripada melakukan kekhilafan.....Selamat Berjuang Ansorullah......

p/s: kepada saudara dan saudari yang berminat share sebarang bahan daripada blog ini silakanlah....tetapi harap akan meletakkan link blog penulis dalam entri...kalau tak berminat pon tak mengapa...InsyaAllah kalau ada info yang menarik sudi2lah berkongsi sama ilmunya...Jazakallahumma Khairan Kaseera...


Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya...jangan malu jangan segan untuk mencoretkan buah fikiran anda yang sememangnya bernas...chill guys =)

Thursday 15 December 2011

20 Pertanyaan Rasulullah SAW kepada Iblis Laknatullah

Photobucket
Assalamualaikum kepada saudara muslim, rakan2 blogger sekalian...hari ni saya nak mencoret sedikit input yang memberi nilai tambah kepada kita semua...mungkin sebahagian daripada kita dah pernah terbaca atau mendengar melalui ceramah2 agama berkenaan soal jawab Rasulullah dengan Iblis...tapi kat sini saya sebagai muslim nak mengingatkan kembali kepada saudara saudari yang mungkin sudah lupa atau bagi yang belum tahu tentang kisah ni...semoga apa yang bermanfaat diredhai Allah..InsyaAllah....

Baca entri Bahagian 2 di SINI
Baca entri Bahagian Akhir di SINI

Baiklah...Pada suatu hari di zaman Rasulullah SAW...Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya menghadap Rasulullah SAW untuk memberitahu segala rahsianya, baik yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmahnya untuk meninggikan darjat Nabi SAW dan sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itupun berjumpa dengan Iblis dan berkata:
      "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memberi perintah untuk menghadap Rasulullah SAW. Hendaklah engkau buka segala rahsiamu dan apapun yang ditanya Rasulullah SAW hendaklah engkau jawab dengan sebenar2nya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu, serta disiksa dengan azab yang keras".

Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua  yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu.
Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah SAW. Maka sambut Iblis Laknatullah, "Ya Rasulullah! Mengapa engkau tidak menjawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia disisi Allah?"

Maka jawab Nabi SAW dengan marah;
    "Hai Aduwullah(seteru Allah)! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Janganlah mencuba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam alaihissalam sehingga keluar dari syurga, Habil yang mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutanmu, Nabi Ayub a.s. yang kau tiup dengan asap beracun ketika dia sedang sujud sembahyang sehingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud a.s. dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman a.s. meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan juga beberapa Anbiya' dan pendeta yang menanggung sengsara akibat hasutanmu. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia disisi Allah SWT, cuma salammu saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan oleh Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala Iblis, syaitan dan jin menyamar diri. Apa kehendakmu datang menemuiku?"

Maka berkatalah iblis
    "Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Kerana engkau adalah Khatamul Anbiya maka dapat mengenaliku. Kedatanganku adalah diperintahkan oleh Allah untuk memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam a.s. hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah!  Setiap apa yang engkau tanya, aku
bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah aku berani menyembunyikan."
Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata:
    "Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta sepatahpun nescaya hancur leburlah badanku menjadi abu."

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang ku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar sekalian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada seluruh umatku.

Pertanyaan Nabi yang Pertama

" Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh mu dan bagaimana aku terhadapmu?

Jawab Iblis:
   " Ya Nabi Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara segala musuhku di muka bumi ini."

      Maka Nabi SAW pun memandang muka Iblis, Iblis pun menggeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis, Ya Khatamul Anbiya'! Adapun aku dapat merubah diriku seperti sekalian manusia, binatang dan lain2 hingga rupa dan suara pun tidak berbeza, kecuali dirimu sahaja yang tidak dapat aku tiru kerana dicegah oleh Allah.
      Kiranya Aku menyerupaimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu. Aku cabut iktikad/ niat anak Adam supaya menjadi kafir kerana engkau berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat memeluk Islam, begitu juga aku berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan benar menuju jalan sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersamaku.

Pertanyaan Nabi yang Kedua

     "Hai Iblis! Bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah?"

Jawab Iblis:
      Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan solat, terbuai dengan makan minum, berbuat derhaka, aku lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram.
       Demikian juga ketika pesta yang bercampur antara lelaki dan perempuan. Di sana aku lepaskan sebesar-besar godaan sepaya hilang peraturan dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.
        Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau berbuat amal ibadat, aku akan rayu supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras aku goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takabbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela, dan mengumpat. Demikianlah aku goda mereka setiap saat.

Pertanyaan Nabi yang Ketiga

   " Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta seksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yangmenerangkan matamu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?

Jawab Iblis:
       Semuanya itu adalah anugerah Allah Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takabbur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahawa diriku telah beribu-ribu tahun menjadi ketua seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian Aku tinggal di dunia beribadah bersama sekalian Malaikat beberapa waktu lamanya.
       Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi ini, maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan lelaki(Nabi Adam) lalu dititahkan seluruh Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali aku yang ingkar. Oleh itu Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan rupawan dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan kelam. Aku merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikanj Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari.
          Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Kedua-duanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah( di padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun aku masih tidak puas hati dan pelbagai tipu daya aku lakukan hingga Hari Kiamat.
          Sebelum engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tenteraku dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian aku turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang berlainan daripada apa yang sebenarnya aku dapatkan, dengan pelbagai tipu daya hingga tersesat dengan pelbagai kitab bidaah dan karut-marut.
           Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika aku berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tenteraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahanku dan bala tenteraku untuk menjalankan tugas menghasut.

Pertanyaan Nabi yang Keempat

   "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu daripada manusia?"

Jawab Iblis:
    Pertama sekali aku palingkan ikitikad/niatnya, imannya kepada kafir juga ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, aku akan tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalanku.

Pertanyaan Nabi yang Kelima

    "Hai Iblis! Jika umatku solat kerana Allah, bagaimana keadaanmu?

Jawab Iblis:
      Sebesar-besarnya kesusahanku. Gementarlah badanku dan lemah tulang sendiku. Maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya.
      Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas solat, waswas, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solatnya, hilang khusyuknya--->matanya sentiasa menjeling ke kiri dan ke kanan, telinganya sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud berlama-lama, penat atau duduk tahiyat sedang dalam hatinya sentiasa hendak habis solatnya, itu semua membawa kepada kurangnya pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda menusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman.......

Wallahua'lam....nantikan sambungan kisah ini dengan persoalan Rasulullah yang lain dalam entri yang berikutnya..Hal ini bagi mengurangkan rasa malas pembaca untuk membaca entri yang panjang berjela-jela...membaca bahan ilmiah dan kerohanian juga ada gangguan hasutan syaitan juga tau...dengan itu kita akan bertemu lagi dalam perkongsian yang berikutnya. Yang baik daripada Allah yang buruk atas kelemahan diri saya.

p/s: kepada saudara dan saudari yang berminat share sebarang bahan daripada blog ini silakanlah....tetapi harap akan meletakkan link blog penulis dalam entri...kalau tak berminat pon tak mengapa...InsyaAllah kalau ada info yang menarik sudi2lah berkongsi sama ilmunya...Jazakallahumma Khairan Kaseera...

Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya...jangan malu jangan segan untuk mencoretkan buah fikiran anda yang sememangnya bernas...chill guys =)

Wednesday 14 December 2011

Bilakah Tibanya Hari Kiamat?



Assalamualaikum....Hari ni nak buat posting sikit..tak da idea la nak posting setelah sekian lama meninggalkan dunia blogging ni...tu pon nasib baik hari ni abang GG kita tolong buat renovation kat blog aku nih...thank abang GG sebab menghasilkan sentuhan yang cantik,menarik dan tertarik nih...bersempena dengan tajuk di atas...mpa semua tau dak ni bila hari kiamat???  Ha apa? tahun depan?? tahun 2012?? betoi ka nih?? .....mna mpa dapat crita nih??..... hurm apa2 pon hanya Dia Yang Maha Mengetahui bila sebenarnya akan berlaku hari kiamat atau hari kebangkitan atau hari pembalasan atau hari perhitungan ataupon hari yang dijanjikan ni...ok la tak nak sembang panjang2....ssudi2kanlah membaca entri yang agak panjang ni ye...moga bermanfaat untuk diri anda didunia dan akhirat....Selamat Beramal...

cerdit diberikan kepada saudara empunya entri iaitu 
dititipkan daripada blog saudara: Mencari Kebahagiaan Hidup

--------->  Hari Kiamat adalah hari di mana akan musnahlah segala yang tercipta dan akan binasalah segala makhluk yang pernah hidup di alam ini. Tahukah korang bahawa Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat? Jadi mari kita selami dan baca kisah di mana peristiwa-peristiwa (besar) yang akan berlaku sebelum munculnya Kiamat.

1. Munculnya Imam Mahdi
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang terakhir diutuskan dan Imam Mahdi pula adalah imam yang terkahir dan tiada lagi imam sesudahnya. Imam Mahdi adalah dari keturunan Hasan, yakni anak kepada Fatimah dan Ali bin Abi Talib. Ali pernah melihat Hasan sambil berkata: “Anakku ini akan menjadi pemimpin seperti dijanjikan Rasulullah dan nanti juga akan keluar dari keturunannya seorang lelaki yang namanya, kelakuannya sama seperti dengan nama nabi kamu, namun bentuk tubuhnya tidak sama”. Kemudian Ali menceritakan keadaan Imam Mahdi yang memimpin dunia secara adil dan bijaksana.
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Akan keluarlah manusia dari sebelah timur, lalu mereka pergi menemui Mahdi, yakni untuk mengikuti pemerintahannya”. Imam Mahdi yang dijanjikan akan datang di akhir zaman itu dikatakan akan mucul dari timur dan mereka akan melantiknya di Mekah. Beliau akan memimpin dunia selama lima, tujuh atau sembilan tahun dan pada zamannya nanti ajaran Islam dapat ditegakkan, musuh-musuh Islam takut akannya, pemerintahannya tiada cacat cela, tiada kezaliman dan kebaikan berkekalan. Beliau menguasai dunia seperti Nabi Allah Sulaiman.

2. Munculnya Al-Masih Dajjal
Mengapa dia digelar Al-Masih? Nama Al-Masih diberi kerana buruknya rupa dan bentuk tubuh Dajjal dan dia diciptakan sebagai makhluk yang dilaknat kerana ia kufur dan mengaku dirinya sebagai tuhan. Al-Masih juga diberi kepada Dajjal kerana terhapus atau hilang mata sebelahnya. Kekuasaannya mencakup seluruh daratan dan lautan dan dia boleh menahan sungai daripada mengalir. Di antara kedua matanya tertulis kalimat KAFIR dan ia dapat dibaca oleh setiap mukmin sama ada pandai membaca atau tidak. Dia akan hidup di bumi selama 40 tahun.
Pada akhir zaman nanti kemarau panjang akan berlaku, hujan tidak turun dengan lamanya, tumbuhan tidak tumbuh dan dunia semakin kering kontang, sementara manusia dalam kelaparan, kehausan dan banyak penyakit melanda. Ketika itulah akan munculnya Al-Masih Dajjal dengan hebatnya. Dia memerintahkan langit menurunkan hujan dan dia menyuruh bumi mengeluarkan tumbuhan, dan ia benar-benar berlaku. Kemudian dia menyuruh sungai supaya mengalir membasahi kekeringan bumi.
 Dajjal menunjukkan kehebatannya dalam mengubati pelbagai penyakit, bahkan dia boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Dia berpura-pura mengajak manusia kepada pendamaian dan kemudian banyaklah pengikutnya. Dalam keadaaan demikian, maka Dajjal mengaku dirinya sebagai nabi Allah dan ramai percaya terhadapnya. Akhir sekali dia akan mengaku dirinya sebagai tuhan bahkan dia mempunyai syurga dan neraka.
Dajjal berkata, “Akulah tuhan semesta alam dan aku sanggu menghidupkan dan mematikan”. Tiba-tiba ada seorang mukmin membantahnya dan Dajjal terus membelahnya kepada dua bahagian. Kemudian Dajjal menyeru kepada tubuh mukmin itu, “Berdiri engkau”, lalu ia pon berdiri dan Dajjal bertanya lagi, “Percayakah engkau aku ini tuhan sekalian alam?”, orang mukmin itu menjawab, “Tidak, engkau masih Al-Masih pembohong”, lalu mukmin itu dicampakkan ke neraka milik Dajjal.
 Orang-orang yang percaya pada Dajjal kemudian mengikutinya setelah melihat sendiri penipuan yang berlaku. Begitulah ramai yang akan kufur pada Allah dan beriman kepada Dajjal. Dajjal akan dibantu oleh syaitan dan jin dalam melakukan segalanya termasuk harta kekayaan. Mereka akan membantu Dajjal sama seperti mereka membantu Nabi Sulaiman satu ketika dahulu. Namun Dajjal tidak dapat memasuki kota Mekah dan Madinah kerana keduanya dijaga oleh Malaikat.
Bilangan orang-orang mukmin semakin sedikit lalu mereka lari ke puncak Bukit Dukhan untuk menyelamatkan diri dari Dajjal serta pengikutnya yang terdiri dari bani Iblis dan Bani Adam yang ramai dan kahirnya mereka dikepung di sana. Mereka ketakutan dan kelaparan berikutan tiada makan dan minuman di sana dan hanya mampu berdoa, berzikir, bertasbih dan bertahmid dengan kuat meminta pertolongan Allah. Tentera Dajjal tak dapat mendekati mereka kerana bacaan yang kuat itu.
 Berbulan-bulan mereka terperangkap di atas bukit dan tiba-tiba langit menjadi gelap-gelita sehingga telapak tangan pun tak dapat dilihat depan mata. Kemudian mereka mendengar satu seruan dari langit, “Telah datang kepada kamu pertolongan!”. Tatkala itu bumi disinari nur dari langit dan turunlah Isa bin Maryam dan tangannya pada sayap dua Malaikat. Dajjal yang mengetahui kedatangan Nabi Isa kemudian terus pucat dan menyuruh pengikutnya mengerjakan solat. Ketika Nabi Isa mendatangi Dajjal, lalu Dajjal sambil ketakutan berkata, “Wahai nabi Allah, kami baru sahaja mengerjakan solat”. Isa AS bekata, “Wahai musuh Allah, engkau mengaku sebagai tuhan sekalian alam, untuk siapa kau solat dan mengabdi?” Lalu tamatlah riwayat Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa di Babu Luddi Palestin.

3. Turunnya Isa bin Maryam
Nabi Isa adalah nabi kedua terakhir yang diutuskan Allah. Nabi Isa telah dinaikkan ke langit dan hidup dengan aman hingga sekarang setelah cubaan membunuh oleh kaumnya. Waktu Dajjal berleluasa pada akhir zaman, Nabi Isa akan turun dan membunuhnya serta memimpin umat Nabi Muhammad ke jalan yang benar dan akan dihapuskan segala agama selain Islam. Dunia ketika itu akan aman sehingga anak perempuan boleh bermain dengan harimau.
Turunnya Nabi Isa diriwayatkan bahawa beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di Timur Damsyik dengan memakai pakaian kuning pada waktu fajar. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua Malaikat. Kulitnya putih kemerah-merahan dan terdapat nur di wajahnya. Beliau akan menghancurkan salib-salib, membunuh semua babi, menghapuskan cukai dan tidak membayar zakat kerana waktu itu tiada seorang pun yang berhak menerimanya. Tiada lagi cemburu, dengki , marah-memarahi antara satu sama lain, dunia berjalan dengan aman dan lancar.
Bumi akan mengeluarkan cahaya dan menumbuhkan tumbuhan sama seperti zaman Nabi Adam dan ramai orang memetiknya dan makan sehingga kenyang. Nabi Isa akan memimpin dunia dengan aman selama 40 tahun sebelum kewafatan beliau di Madinah. Beliau disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan makam Rasulullah SAW. Yakjuj Makjuj iaitu kaum yang amat ditakuti manusia juga akan muncul pada zaman Nabi Isa ini.

4. Keluarnya Yakjuj & Makjuj
Yakjuj dan Makjuj adalah dua kaum yang telah hidup lama di sebalik dua gunung dari zaman Nabi Ibrahim hinggalah sekarang dan mereka suka berbuat kerosakan di muka bumi dan menyusahkan dan mengganggu manusia. Masyarakat waktu itu tidak tahan dengan Yakjuj Makjuj lalu meminta Raja Zulqarnain iaitu pemimpin yang agung untuk membuat benteng menahan Yakjuj Makjuj dari keluar dari sebalik gunung tersebut. Lalu mereka bekerjasama membuat benteng yang tingginya sama tinggi seperti dua puncak gunung itu. Di situlah Yakjuj Makuj terkurung sehingga Kiamat nanti.
Telah tiba masanya lalu dengan izin Allah maka hancurlah dinding yang menahan kaum Yakjuj Makjuj dari melihat dunia selama ini. Mereka pun turun dari celahan gunung itu dengan lajunya seperti empangan yang pecah mengeluarkan airnya. Lalu Yakjuj Makjuj meminum dan memakan apa sahaja yang mereka jumpai sehingga kering air sungai dan perigi. Manusia ketika itu semuanya ketakutan dan bersembunyi, mereka memohon agar Nabi Isa menghancurkan Yakjuj dan Makjuj. Maka berdoalah Isa ke hadrat Allah dan berkat doanya, lalu Allah mengirimkan ulat kepada Yakjuj Makjuj dan mereka mati kesemuanya.

5. Matahari Terbit dari Barat
Terbitnya matahari dari ufuk barat adalah suatu yang mustahil akan berlaku tanpa izin Allah kerana ia bertentangan dengan hukum alam. Ketahuikah anda bahawa matahari itu setelah ia diciptakan, ia sentiasa mengikut peredarannya iaitu terbit di timur dan terbenam di barat? Setelah terbenam, ia pergi ke bawah Halimatul Arasy, sujud kepada Allah dan mensucikanNya dan membesarkanNya. Kemudian matahari akan meminta izin Allah untuk terbit kembali menjalankan tugasnya seperti biasa.
Setelah wafatnya Nabi Isa, manusia ketika itu ada yang tetap taat pada ajaran Islam dan banyak yang kembali kufur kepada Allah. Tidak lama kemudian berlakulah satu perubahan yang ketara pada alam semesta yang tidak pernah terjadi sepanjang umur dunia. Apabila matahari terbenam, malam menjelma seperti biasa, namun semua manusia dapat merasai keanehan malam tersebut. Malam itu terlalu lama dan panjangnya sama dengan dua malam biasa. Orang yang tidur sudah puas tidur, orang yang selalu
solat subuh di awal waktu masih menanti masa solat, sehingga ramai yang keluar dari rumah masing-masing bertanya kepada jiran mengapa dunia masih gelap.
Rupanya Allah telah menahan matahari dari menjalani tugasnya, Allah berfirman, “Diamlah engkau disini”. Matahari pun diam selama dua malam sehinggalah Allah memerintahkan, “Terbitlah engkau dari tempat terbenammu”, lalu terbitlah matahari dari ufuk barat. Tatkala itu semua penduduk dunia berasa sangat pelik kerana ia tak pernah berlaku dalam sejarah, matahari telah terbit dari tempat terbenamnya. Kemudian kesemua mereka menangis sama ada yang Islam atau yang kafir kerana mereka sudah tahu hampirnya Kiamat. Namun segala tangisan dan taubat sudah tak berguna lagi. Pada waktu terbitnya matahari dari barat, Allah telah menutup segala pintu taubat dan pintu syurga, maka menyesallah mereka sehingga mulai hari itu, tidak seorang pun akan bekerja lagi.

6. Keluarnya Binatang dari Perut Bumi
Setelah terbitnya matahari dari ufuk sebelah barat, kemudian muncul lagi tanda kekuasaan Allah iaitu keluarnya binatang yang melata dari perut bumi. Apabila ia keluar sahaja ke muka bumi ini, lalu muncullah tanda pada dahi setiap manusia. Jika manusia itu beramal soleh maka tercatitlah perkataan “mukmin” pada dahinya manakala jika manusia itu seorang kafir, maka terang-terangan akan tertulis “kafir” pada dahi mereka.
Rasullullah SAW pernah bersabda bahawa panjang binatang ini adalah 60 hasta iaitu sama tinggi dengan Nabi Adam AS dan orang yang mencarinya takkan menjumpainya, sedangkan orang yang lari darinya takkan dapat lari daripadanya. Binatang ini dikatakan kepalanya seperti kepala banteng, matanya seperti mata khinzir, telinganya seperti telinga gajah, tanduknya seperti tanduk rusa, lehernya panjang seperti leher burung unta, dadanya seperti dada singa, warnanya seperti harimau, rusuknya seperti rusuk kucing, ekornya seperti ekor kibas, tingginya seperti unta dan ia akan membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman.
Apabila cincin Nabi Sulaiman dioleskan pada mukan orang kafir, maka akan hitamlah seluruh mukanya manakala apabila ia dioleskan pada muka orang mukmin, akan berserilah wajah mereka. Begitu juga tongkat Nabi Musa, apabila ia memukul hidung orang kafir dan mukmin, maka tertulislah pada dahi mereka kafir dan mukmin. Maka dengan itu jelas sudah perbezaan antara orang kafir dan mukmin.

7. Dunia diliputi Kabut
Allah berfirman, “Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah Azab yang pedih. Mereka berdoa, Ya tuhan kami hilangkanlah dari kami azab itu, sesungguhnya kami akan beriman“. (Al Dukhan: 10-12)
Apabila kiamat itu hampir tiba, maka dunia ini akan diliputi kabut yang tebal dan menjadikan dunia ini gelap. Kabut itu akan membuatkan orang mukmin selsema dan sukar bernafas manakala orang kafir berasa betul-betul merasa tersiksa dan terbakar. Semua orang akan berasa lemas ketika itu lalu mereka tunduk pada Allah namun segala penyesalan tak berguna lagi.

8. Angin yang Mematikan, diangkat Al-Quran & Perkara Baik
\Setelah beberapa tanda besar berlaku, lalu berlalu tahun demi tahun, kemudian manusia tetap lalai dari menginsafi diri pada Allah. Yang baik akan membuat kejahatan kembali, yang jahat tetap begitu. Orang mukmin makin ketakutan yakni mereka takut terpengaruh membuat kejahatan serta fitnah lalu mereka berdoa pada Allah agar tidak terjerumus ke arah maksiat. Lalu Allah menurunkan ubat dari langit yakni angin yang kuat untuk mematikan orang-orang beriman walaupun dalam diri mereka masih mempunyai secebis keimanan. Maka tinggallah orang-orang kafir dan mungkar di muka bumi ini.
Lalu Allah angkat Al-Quran yakni penyuluh iman manusia ke langit serta bersamanya Allah angkat segala kebaikan dari dunia ini. Diceritakan bahawa Al-Quran datang mengadap Allah lalu ia mengadu, “Tuhanku, aku cuma dibaca orang dan tidak diamalkan sama sekali.” Mendengar yang demikian, lalu Allah mengangkat Al-Quran (ilmu) dari dada manusia bahkan dari kitab-kitab Al-Quran dan akhirnya tinggal kertas-kertas kosong sahaja, sedangkan huruf-huruf dan tulisannya sudah tiada lagi. Namun Allah telah meninggalkan pada umat masa itu satu kalimah sahaja dan ia hanya disebut oleh orang-orang tua masa itu, yakni kalimah “Lailaha illallah”. Setelah orang tua itu meninggal, maka hilang sama sekali ajaran Islam dari permukaan bumi.
Rasulullah SAW bersabda, “Yang mula-mula sekali diangkat Allah dari hambaNya ialah sifat pemalu, kemudian dicabutnya sifat amanah dan kasih sayang. Lalu Allah cabutkan pula kalung keislaman dari leher hambaNya, maka jadilah hambanya itu jauh dari rahmat dan dilaknat”. Apabila semua sifat berikut telah tiada dalam diri manusia, maka sifat-sifat buruk akan berleluasa di muka bumi dan manusia tatkala itu tidak memperdulikan sesama mereka. Mereka berbuat apa sahaja yang mereka kehendaki.

9. Hancurnya Kaabah
Kota Mekah adalah tempat di mana letaknya rumah Allah di muka bumi iaitu Kaabah. Ia menjadi tempat umat Islam seluruh dunia beribadat kepada yang Esa. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air dua ribu tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.
Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.
Sabda Rasullullah, “Kaabah akan dihancurkan oleh orang Habsyah yang bergelar Dzus-Suwaiqatain (orang yang kedua-dua betisnya kecil) dan ia akan merampas segala perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakan-akan terbayang di hadapan mataku keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Kaabah itu dengan besi penyeduk dan kapak besar”. Nabi SAW
bersabda lagi, “Seolah-olah aku dapat melihat orang-orang yang merobohkan Kaabah itu berkulit hitam, merenggangkan kedua kakinya dan membongkar Kaabah itu batu-batunya satu demi satu”.

10. Api yang Menghalau Manusia
Terdapat hadis menyebut, “Dan yang terakhir adalah api yang keluar dari Adan untuk menghalau manusia ke tempat pengumpulan mereka”. Manusia di akhir zaman makin jahat dan maksiat makin berleluasa, lalu ia menyemarakkan lagi kemarahan Allah, lalu dikirimkan api yang keluar dari perut bumi.
Api tersebut akan datang dari Adan (Yaman) dan akan membakar segala di langit dan dibumi. Datangnya api itu akan membuatkan manusia lari bertempiaran. Api itu bukan sahaja membakar segala di tanah dan di udara, namun segalanya di dalam laut akan turut terbakar. Maka berlarilah manusia menggunakan tumit mereka atau kenderaan-kenderaan hebat mereka, mereka berlari sekuat hati untuk menyelamatkan diri masing-masing namun mereka takkan selamat pada waktu itu jika mereka tidak ke negeri Syam.

Kenapa negeri Syam? Rasulullah ada bersabda, “Api akan keluar dari Hadramaut sebelum kiamat yang tujuannya untuk menghalau dan mengejar manusia”. Lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ke manakah harus kami berlari?” Lalu Nabi menjawab, “Pergilah ke negeri Syam”. Pada waktu itu berbondong-bondonglah manusia pergi menyelamatkan diri ke negeri Syam. Jika terdapat orang muslim yang masih hidup, api itu akan mengikuti sahaja muslim tersebut, jika dia berhenti rehat, maka api itu pun turut berhenti manakala bagi orang kafir, api tersebut akan terus mengejar mereka tanpa henti.
Maka terbakarlah segala-galanya di muka bumi yang dipinjamkan Allah kepada makhluknya. Hanya negeri Syam yang kecil sahaja tempat seluruh makhluk di dunia yakni manusia, binatang, jin dan Iblis serta pengikutnya berkumpul. Keadaan di sana amat sesak bahkan susah untuk bernafas apatah lagi nak tidur. Semuanya berhimpit-himpit lalu Iblis menyuruh konco-konconya menyesatkan lagi manusia yang dalam kesesakan. Lalu bertambah jahatlah mereka dan berbuat sesuka hati mengikut nafsu

11. Ditiupkan Sangkakala dan Berakhirnya Umur Dunia
Sangkakala pertama: Mengejutkan
Masanya telah tiba, manusia-manusia makin lalai dan tidak pernah insaf, lalu kemarahan Allah datang dan Allah memerintahkan Malaikat Israfil meniupkan sangkakala. Israfil tidak pernah lalai dari tugasnya. Sejak bumi diciptakan Allah, Israfil telah siap sedia memegang dan meletakkan sangkakala itu ke mulutnya dan matanya dihalakan ke Arasy Allah. Maka ditiupnya sangkakala pertama, yakni untuk mengejutkan. Dengan bunyi yang cukup kuat dan lantang serta didengar hingga langit ketujuh, menyebabkan seluruh makhluk Allah tergamam dan terkejut lalu membisu kesemuanya.
Firman Allah, “Dan ingatlah hari ketika ditiupkan sangkakala, maka terkejutlah segala yang ada di langit dan segala yang di bumi, kecuali orang-orang yang dikehendaki Allah“. (Al-Naml: 87)
Seluruh makhluk di bumi mendongak ke langit dan melihat sumber datangnya bunyi yang amat menggerunkan itu. Mereka tertanya-tanya dalam hati suara apa yang bergegar di langit itu. Rupanya telah tiba masa nyawa dunia ini ditarik kembali. Gunung-ganang tidak kukuh lagi, lalu ia berterbangan mengikut awan. Dunia bergoncang sekuat-kuatnya dan menjeritlah seluruh makhluk di bumi sehingga ibu melepaskan anaknya dan orang hamil melahirkan anak tak cukup umur. Ketika itu gelaplah dunia segelap-gelapnya kerana Allah telah memadamkan cahaya matahari, begitu juga cahaya dari bulan dan bintang. Tiada istilah siang dan malam. Langit terbelah, bulan dan bintang jatuh menghempap ke bumi.
Manusia tiada arah tuju lagi, mereka berkawan dengan jin dan jin berlindung dengan mereka. Semuanya buntu lalu mereka pergi berjumpa dengan Iblis yang mereka anggap dapat menyelesaikan masalah ini. Iblis membawa mereka ke laut, namun alangkah terkejutnya mereka melihat laut yang sudah naik dan api menyala dan mendidihkan laut itu. Mereka kecewa lalu berdiri sahaja melihat laut. Iblis yang bingung berlari ke sana sini namun segala yang dilihatnya adalah api. Dia teringat atas peristiwa dahulu yakni peristiwa yang memulakan permusuhannya dengan Adam dan sekaligus menjadikan dia kafir. Dia menyesali perbuatannya dan berkata, “Tuhanku, sekarang suruhlah aku sujud kepada sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki”.
Syaitan-syaitan yang setia bersama Iblis selama ini berasa hairan dengan kelakuan pemimpinnya, lalu bertanya, “Wahai penghulu kami, kepada siapa engkau tunduk?” Lalu Iblis menjawab, “Aku merendah diri dan sujud kepada tuhan sekalian alam yang telah memanjangkan umurku sehingga hari kiamat. Sekarang sudah dekatnya masa yang telah dijanjikan.” Syaitan yang tidak pernah tahu akan kewujudan Allah selama ini lalu berkata, “Sesungguhnya engkau telah mencelakakan dirimu dan engkau telah mencelakakan kami”. Mereka menyesal namun penyesalan pada waktu ini tidak berguna lagi.

Sangkakala kedua: Mematikan
Tiba-tiba terdengarlah suara dari langit, “Sekarang sudah datanglah ketentuan Allah, maka jangan kamu minta untuk dipercepatkan lagi”. Meremang bulu roma mereka semua ketakutan dan menyesali perbuatan mereka namun ianya tidak berguna. Lalu ditiupnya Israfil sangkakala kedua yakni untuk mematikan, maka kedengaran ngauman sangkakala yang cukup kuat dan panjang sehingga menembusi lapisan langit dan bumi yang ke tujuh. Turunlah Izrail dengan rupa yang mengerikan dan dicabutnya nyawa segala makhluk dengan kasar secara paksa kecuali yang tertentu sahaja.

Allah berfirman kepada malaikat maut, “Pakailah pakaian kemurkaanKu dan bawalah bersamamu 70,000 Malaikat Zabaniyah (malaikat penjaga neraka) dan setiap satu malaikat itu membawa 70,000 cangkuk dari Neraka Jahanam dan cabutlah nyawa Iblis Laknatullah”. Malaikat maut turun ke bumi Allah dengan rupa seburuk-buruknya, bau sebusuk-busuknya, dan diceritakan rupa malaikat maut tiada seorang pun berani melihatnya. Maka larilah Iblis ke mengelilingi bumi, ke laut, ke langit, ke timur, ke barat, namun Izrail telah sedia berada di depannya. Akhirnya Iblis dikepung di tempat mula-mula ia turun ke bumi sewaktu zaman Nabi Adam dahulu, lalu dibentaknya Iblis dan dicabutnya nyawa Iblis secara kasar dan paksa lagi mengerikan. Menjeritlah Iblis dan matilah ia disana. Maka tamatlah permusuhan antara Adam dan Iblis dan dihancurkan dunia ini.
Malaikat Maut kemudian pergi mengadap Allah kemudian berkata, “Ya tuhanku, telah mati semua penghuni langit dan bumi kecuali makhlukMu yang Engkau kehendaki”. Allah bertanya pada Izrail walaupun Dia lebih tahu, “Siapa lagi yang masih belum mati?” Izrail menjawab, “Yang tinggal adalah Engkau yang sentiasa hidup dan tidak akan mati untuk selamanya, malaikat penjaga ArasyMu, begitu juga Jibril, Mikail dan saya sendiri”. Lalu Allah memerintahkan Izrail mencabut nyawa Jibril dan Mikail, kemudian mereka pun mati. Serta merta Arasy Allah bergoyang dan dengan izin Allah, Arasy berkata, “Ya tuhanku, mengapa diwafatkan Jibril dan Mikail?” Allah berfirman, “Diam engkau! Tidakkah engkau tahu bahawa Aku telah menetapkan kematian bagi semua makhluk yang berada di bawah ArasyKu?”
Izrail mengadap Allah sekali lagi lalu ditanya Allah siapakah yang masih tinggal, lalu Izrail menjawab, “Hanya Engkau ya tuhanku, malaikat pemegang ArasyMu dan aku”. Dia diperintahkan mencabut nyawa malaikat pemegang Arasy dan bergoncanglah Arasy tersebut disebabkan tiada siapa yang memegang Arasy yang besar itu. Dengan izin Allah, Arasy itu diam sendiri. Kemudian Allah bertanya lagi, siapakah yang masih tinggal, lalu Izrail berkata hanya dirinya dan Allah yang Maha Esa. Allah berfirman padanya, “Tidakkah kau mendengar firmanku bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai mati? Maka cabutlah nyawamu sendiri.”
Pergilah malaikat maut di suatu tempat yakni antara syurga dan neraka lalu dicabutnya nyawa sendiri di situ dengan cara selembut-lembutnya. Izrail berteriak sekuat hati dan andainya ada makluk Allah yang lain mendengar teriakannya, maka akan mati kesemuanya. Lalu Izrail berkata, “Andainya aku tahu pedihnya rasa mati, akan aku cabut nyawa orang beriman dengan selembut-lembut cara.”

Sangkakala ketiga: Membangkitkan
Setelah kewafatan Izrail, maka tinggallah Allah sebagai Raja di alam semesta ini, lalu Allah bertanya kepada alam, “Siapakah raja-raja yang memiliki kerajaan hari ini?” Namun tiada seorang pun menjawab persoalannya, maka Allah sendiri menjawab, “Hanya kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan”. Kemudian Allah memerintahkan langit menurunkan hujan seakan-akan air mani lelaki ke bumi selama berbulan-bulan sehingga bumi ditenggelami air. Lalu Allah hidupkan Jibril, Mikail dan Malaikat penjaga Arasy serta Israfil.
Israfil telah bersedia meletakkan sangkakala di mulutnya sambil menunggu arahan dari Allah. Jibril pula ditugaskan membawa pakaian yang serba cantik lagi harum ke kubur Nabi Muhammad bersama Buraq yang pernah baginda tunggah ketika Israk Mikraj dahulu. Kemudian Israfil memasukkan kesemua roh-roh umat-umat sejak Nabi Adam hinggalah kiamat ke dalam sangkakala dan ditiupkan sangkakala kali ketiga yakni untuk menghidupkan segala makhluk, maka terbukalah kubur Rasulullah dan keluarnya baginda disambut Jibril. Bertanya Rasulullah pada Jibril, “Hari apakah ini? Bagaimanakah perihal umatku”. Jibril menjawab, “Ketahuilah bahawa engkau adalah manusia pertama yang dibangkitkan.” Maka dipakaikan Rasulullah pakaian yang serba agung lagi baik dan ditunggangi Buraq ke Masyar.
Sangkakala terus ditiupkan dalam masa yang panjang dan bertebaran roh-roh masuk ke kubur masing-masing dan dihidupkan semua makhluk kali kedua. Mereka semua tertanya-tanya hari apakah ini. Itulah hari pengadilan dan mereka semua dihalau ke Padang Masyar untuk dihisab.

Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya...jangan malu jangan segan untuk mencoretkan buah fikiran anda yang sememangnya bernas...chill guys =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...