Thursday 15 December 2011

20 Pertanyaan Rasulullah SAW kepada Iblis Laknatullah

Photobucket
Assalamualaikum kepada saudara muslim, rakan2 blogger sekalian...hari ni saya nak mencoret sedikit input yang memberi nilai tambah kepada kita semua...mungkin sebahagian daripada kita dah pernah terbaca atau mendengar melalui ceramah2 agama berkenaan soal jawab Rasulullah dengan Iblis...tapi kat sini saya sebagai muslim nak mengingatkan kembali kepada saudara saudari yang mungkin sudah lupa atau bagi yang belum tahu tentang kisah ni...semoga apa yang bermanfaat diredhai Allah..InsyaAllah....

Baca entri Bahagian 2 di SINI
Baca entri Bahagian Akhir di SINI

Baiklah...Pada suatu hari di zaman Rasulullah SAW...Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya menghadap Rasulullah SAW untuk memberitahu segala rahsianya, baik yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmahnya untuk meninggikan darjat Nabi SAW dan sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itupun berjumpa dengan Iblis dan berkata:
      "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memberi perintah untuk menghadap Rasulullah SAW. Hendaklah engkau buka segala rahsiamu dan apapun yang ditanya Rasulullah SAW hendaklah engkau jawab dengan sebenar2nya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu, serta disiksa dengan azab yang keras".

Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua  yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu.
Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah SAW. Maka sambut Iblis Laknatullah, "Ya Rasulullah! Mengapa engkau tidak menjawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia disisi Allah?"

Maka jawab Nabi SAW dengan marah;
    "Hai Aduwullah(seteru Allah)! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Janganlah mencuba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam alaihissalam sehingga keluar dari syurga, Habil yang mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutanmu, Nabi Ayub a.s. yang kau tiup dengan asap beracun ketika dia sedang sujud sembahyang sehingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud a.s. dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman a.s. meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan juga beberapa Anbiya' dan pendeta yang menanggung sengsara akibat hasutanmu. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia disisi Allah SWT, cuma salammu saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan oleh Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala Iblis, syaitan dan jin menyamar diri. Apa kehendakmu datang menemuiku?"

Maka berkatalah iblis
    "Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Kerana engkau adalah Khatamul Anbiya maka dapat mengenaliku. Kedatanganku adalah diperintahkan oleh Allah untuk memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam a.s. hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah!  Setiap apa yang engkau tanya, aku
bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah aku berani menyembunyikan."
Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata:
    "Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta sepatahpun nescaya hancur leburlah badanku menjadi abu."

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang ku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar sekalian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada seluruh umatku.

Pertanyaan Nabi yang Pertama

" Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh mu dan bagaimana aku terhadapmu?

Jawab Iblis:
   " Ya Nabi Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara segala musuhku di muka bumi ini."

      Maka Nabi SAW pun memandang muka Iblis, Iblis pun menggeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis, Ya Khatamul Anbiya'! Adapun aku dapat merubah diriku seperti sekalian manusia, binatang dan lain2 hingga rupa dan suara pun tidak berbeza, kecuali dirimu sahaja yang tidak dapat aku tiru kerana dicegah oleh Allah.
      Kiranya Aku menyerupaimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu. Aku cabut iktikad/ niat anak Adam supaya menjadi kafir kerana engkau berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat memeluk Islam, begitu juga aku berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan benar menuju jalan sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersamaku.

Pertanyaan Nabi yang Kedua

     "Hai Iblis! Bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah?"

Jawab Iblis:
      Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan solat, terbuai dengan makan minum, berbuat derhaka, aku lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram.
       Demikian juga ketika pesta yang bercampur antara lelaki dan perempuan. Di sana aku lepaskan sebesar-besar godaan sepaya hilang peraturan dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.
        Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau berbuat amal ibadat, aku akan rayu supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras aku goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takabbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela, dan mengumpat. Demikianlah aku goda mereka setiap saat.

Pertanyaan Nabi yang Ketiga

   " Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta seksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yangmenerangkan matamu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?

Jawab Iblis:
       Semuanya itu adalah anugerah Allah Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takabbur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahawa diriku telah beribu-ribu tahun menjadi ketua seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian Aku tinggal di dunia beribadah bersama sekalian Malaikat beberapa waktu lamanya.
       Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi ini, maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan lelaki(Nabi Adam) lalu dititahkan seluruh Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali aku yang ingkar. Oleh itu Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan rupawan dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan kelam. Aku merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikanj Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari.
          Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Kedua-duanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah( di padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun aku masih tidak puas hati dan pelbagai tipu daya aku lakukan hingga Hari Kiamat.
          Sebelum engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tenteraku dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian aku turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang berlainan daripada apa yang sebenarnya aku dapatkan, dengan pelbagai tipu daya hingga tersesat dengan pelbagai kitab bidaah dan karut-marut.
           Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika aku berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tenteraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahanku dan bala tenteraku untuk menjalankan tugas menghasut.

Pertanyaan Nabi yang Keempat

   "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu daripada manusia?"

Jawab Iblis:
    Pertama sekali aku palingkan ikitikad/niatnya, imannya kepada kafir juga ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, aku akan tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalanku.

Pertanyaan Nabi yang Kelima

    "Hai Iblis! Jika umatku solat kerana Allah, bagaimana keadaanmu?

Jawab Iblis:
      Sebesar-besarnya kesusahanku. Gementarlah badanku dan lemah tulang sendiku. Maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya.
      Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas solat, waswas, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solatnya, hilang khusyuknya--->matanya sentiasa menjeling ke kiri dan ke kanan, telinganya sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud berlama-lama, penat atau duduk tahiyat sedang dalam hatinya sentiasa hendak habis solatnya, itu semua membawa kepada kurangnya pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda menusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman.......

Wallahua'lam....nantikan sambungan kisah ini dengan persoalan Rasulullah yang lain dalam entri yang berikutnya..Hal ini bagi mengurangkan rasa malas pembaca untuk membaca entri yang panjang berjela-jela...membaca bahan ilmiah dan kerohanian juga ada gangguan hasutan syaitan juga tau...dengan itu kita akan bertemu lagi dalam perkongsian yang berikutnya. Yang baik daripada Allah yang buruk atas kelemahan diri saya.

p/s: kepada saudara dan saudari yang berminat share sebarang bahan daripada blog ini silakanlah....tetapi harap akan meletakkan link blog penulis dalam entri...kalau tak berminat pon tak mengapa...InsyaAllah kalau ada info yang menarik sudi2lah berkongsi sama ilmunya...Jazakallahumma Khairan Kaseera...

Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya...jangan malu jangan segan untuk mencoretkan buah fikiran anda yang sememangnya bernas...chill guys =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...