Friday 16 December 2011

20 Pertanyaan Rasulullah kepada Iblis Laknatullah Bhg 2

Assalamualaikum semua..dah makan?tengah malam dah ni..dah tido?? ehe apa punya soalan la...ok malam malam ni orng kata banyak idea sikit...kalau masa buat kerja sekolah dulu n nak ulangkaji, memang inilah masa terbaik sebab banyak je buah fikiran yang jatuh ke atas kertas soalan...yang paling spesial kalau buat karangan memang banyaklah ayat2 kelentong yang boleh masukkan dalam karangan tu...huhu..apa la merepek banyak sangat nih...dah lari tajuk dah nih..
Oklah entri saya kali ni sambungan daripada entri petang tadi...tak dak masa nak masukkan semua sekali... ye lah kan bila dah habis SPM kebanyakan anak muda skarang masing2 bekerja termasuklah diri ini...tapi saya kerja dengan family so kadang2 tu ada la masa curi2 sikit nak melepaskan kerinduan terhadap blog nih....skarang tangan ni dah gatai naaaakkk ajee menulis selalu....hurm dah la jangan bazirkan masa lagi kita ikuti pulak sambungan kisah perbualan Rasulullah bersama Iblis Laknatullah....
Baca entri Bahagian 1 di SINI
Baca entri Bahagian Akhir di SINI
Pertanyaan Nabi yang Keenam

   "Jika umatku membaca al-Quran kerana Allah, bagaimana perasaanmu?

Jawab Iblis:
    "Jika mereka membaca al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuhku, putus-putuslah segala uratku lalu aku lari daripadanya.
Pertanyaan Nabi yang Ketujuh

   "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana perasaanmu?

Jawab Iblis:
   "Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya.

Pertanyaan Nabi yang Kelapan
   "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana keadaanmu?

Jawab Iblis:
   " Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepadaku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akn mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa.
     Satu lagi kemuliaan orang yang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dibawah Arasy yang bernama Angin Syirah  yang amat lembut ke dalam syurga.
Pada hari umatmu mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tenteraku, jin, syaitan dan ifrit lalu diikat kaki dan tangan dengan besi panas dn dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekarja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasa.

Pertanyaan Nabi yang Kesembilan

   "Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabatku menurutmu?

Jawab Iblis:
     Seluruh sahabatmu juga adalah sebesar-besar seteruku.Tiada upayaku melawannya dan tiada satu tipu daya yang aku dapat masuk kepada mereka. Kerana engkau sendiri telah berkata; "Seluruh sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk."
     Sayidina Abu Bakar as-Siddiq sebelum bersamamu, aku tidak dapat mendekatinya, apalagi setelah berdampingan denganmu. Dia begitu percaya atas kebenaranmu hingga dia menjadi wazirul
 a'zam. Bahkan engkau sendiri telah mengatakan jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mentuamu kerana engkau menikah dengan anaknya, Sayidatina Aisyah yang juga banyak menghafal hadis-hadismu.
     Sayidina Umar al-Khattab pula tidaklah berani aku pandang wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika aku pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendiku kerana sangat takut. Hal ini kerana keimanannya sangat kuat apalagi engkau telah mengatakan; "Jikalau adanya Nabi sesudahku maka Umar boleh menggantikan aku," kerana dia adalah orang harapanmu serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar al-Faruq.
     Sayidina Uthman lagi, aku tidak dapat bertemu kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca al-Quran. Dia penghulu orang yang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantumu sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga engkau mengatakan; Barangsiapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala Utahman mati syahid."
     Sayidina Ali Abi Tallib pun itu aku sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadah serta beliau adalah golongann orang pertama memeluk Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Bergelar Ali Karamallu Wajhah----> dimuliakan oleh Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan engkau sendiri berkata; "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya." Tambahan pula dia menjadi menantumu, semakin aku ngeri kepadanya.

Pertanyaan Nabi yang Kesepuluh

   "Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?
Jawab Iblis:
     Umatmu itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril a.s.; "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat."
     Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.
     Yang ketiga umatmu seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka akupun bersukacita lalu masuk ke dalam badannya, aku putarkan hatinya ke lautan derhaka dan aku bawa ke mana saja mengikuti kehendakku. Jadi dia sentiasa binbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat.
     Lalu aku goda agar minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelamdengan istana mahligainya. Bila umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa binmbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, bercakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur....

Sekian dulu lima soalan yang diaajukan Rasulullah khalilullah untuk membongkar rahsia Iblis laknatullah...kita akan bertemu kembali dalam entri yang berikutnya...Apa yang bermanfaat datang daripada Yang Maha Bijaksana dan apa yang tercela datang daripada kelemahan insan ini yang tidak terlepas daripada melakukan kekhilafan.....Selamat Berjuang Ansorullah......

p/s: kepada saudara dan saudari yang berminat share sebarang bahan daripada blog ini silakanlah....tetapi harap akan meletakkan link blog penulis dalam entri...kalau tak berminat pon tak mengapa...InsyaAllah kalau ada info yang menarik sudi2lah berkongsi sama ilmunya...Jazakallahumma Khairan Kaseera...


Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya...jangan malu jangan segan untuk mencoretkan buah fikiran anda yang sememangnya bernas...chill guys =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...