Wednesday 28 September 2011

Puding Kastard

Photobucket
Assalamualaikum
Ewah3 ~_~.........aku ingat puding yang aku buat semalam tak jadi tapi rupanya dah habis masa bawak pergi sekolah tadi~.....sebelum exam bagi kawan2 merasa air tangan aku dulu,,,hehe amacam??SEDAP??alhamdulillah kalu sedap ye...lain kali boleh buat lagi....tapi kesian aku sepatutnya kena bagi sendiri kat semua sebab ada 2-3 orang  yang tak sempat merasa puding tu..kesian hampa noh...sorry la weh,,aku tadi dok sibuk nak fokus menjawab kertas fizik 1.....jadi natijahnya lain kali aku kena buat sendiri dan bagi sendiri la....so bila dah depa dah suka apa lagi aku nak berkongsilah resepi puding ni.....

Puding Kastard

Bahan-bahan
(A)
Agar-agar - 1 paket
Air - 6 gelas
Gula - 2 cawan (kalau suka manis tambah lagi)
Daun pandan - 2 helai (untuk aroma)
(B)
Telur gred B - 4 biji
Butter/Marjerin - 120 g (kalau tak nak letak pon boleh)
Susu cair / Susu segar - 250 ml (saya guna santan bancuh je)
Tepung kastad - 4 sudu makan
Esen Vanilla - 1 sudu teh

Jom buat sendiri
1)  Basuh agar-agar sampai diyakini bersih kemudian toskan. Masak agar-agar dengan 6 gelas air sampai mendidih dengan api sederhana.
2)  Sambil menunggu agar-agar tadi mendidih sediakan bahan B. Pukul marjerin sampai kembang, masukkan telur satu persatu sampai habis (adunan ni akan jadi cair melekit-lekit bukan gebu).
3)  Bancuh tepung kastad dengan susu/santan sampai tepung larut. Masukkan ke dalam campuran marjerin dan telur tadi. Tuang satu sudu esen vanilla. Kemudian kacau adunan sampai sebati.
5)  Balik kepada agar-agar, masukkan gula tadi ke dalam agar-agar yang sedang mendidih. Kacau sampai gula larut.
6)  Tuang semua bahan B dalam periuk agar-agar. Simpulkan 2 helai daun pandan dan masukkan dalam periuk tadi. Maak lagi sampai agar-agar mandidih dan meruap naik ke atas..kawal api supaya agar-agar tidak tumpah.
7)  Dah masak tutup api dan sediakan bekas atau loyang. Tuang segera dan sejukkan. Tunggu sampai sejuk dan keras baru masukkan ke dalam peti sejuk. Puding kita pun siap dihidangkan.

Resepi ni ringkas tapi sesiapa yang baru berjinak2 dengan dunia masakan bolehla mencuba. Semoga Berjaya.

Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya...jangan malu jangan segan untuk mencoretkan buah fikiran anda yang sememangnya bernas...chill guys =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...